Thursday, July 29, 2010

Tutorial - Mengimport item soalan daripada Hot Potatoes

Pembinaan item soalan dalam moodle boleh dipermudahkan dengan cara mengimport item soalan yang telah dibina dalam perisian Hot Potateos. Apakah perisian Hot Potatoes? Bagi mereka yang baru mungkin agak janggal dengan nama ini.

Walau bagaimanapun Hot Potatoes merupakan satu perisian percuma yang di dalamnya terdiri daripada perisian pengarangan item-item soalan dalam talian seperti quiz, cloze, match dan sebagainya.

Klik Hot Potatoes untuk muat turun.

Wednesday, July 28, 2010

Tutorial - Menambah blocks

Moodle membenarkan admin atau pengguna yang mengurus moodle itu untuk menambah blocks. Block ini boleh ditambah dengan menggunakan blocks sedia ada dan juga dalam bentuk pengaturcaraan html. Antara blocks yang boleh ditambah ialah waktu, pautan, kalender dan sebagainya.

Kita juga boleh mangambil skrip dari mana-mana widget untuk dimasukkan ke dalam moodle. Langkahnya amat mudah.

Sila lihat video Tambah Blocks atau langkah seperti berikut:

  • Log masuk sebagai admin
  • Klik butang Turn Editing On
  • Klik Add Blocks
  • pada blocks baru, pilih block yang dikehendaki. Contohnya HTML
  • Klik ikon configuration. Jika mahu menggunakan script watch seperti dalam widget, klik <> atau toggle HTML souce dan salin script watch dan tampal
  • Akhiri langkah dengan klik butang Save changes

Dengan langkah seperti di atas, anda boleh meletakkan pelbagai block baru dengan mengikut kreativiti anda.




Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More