Monday, June 20, 2011

Tutorial - Menambah Aktiviti (Assignment online text)

Terdapat banyak tugasan atau assignment dalam moodle yang boleh digunakan oleh seorang guru dalam pembelajaran dan pembelajaran dalam talian. Sebagai contoh online text, upload a single file, quiz dan sebagainya.

Untuk latihan pada kali ini, saya akan tunjukkan cara untuk menambah aktiviti online text. Latihan atau aktiviti ini amat sesuai untuk latihan penulisan seperti cerita pendek, menyambung cerita, syarahan dan sebagainya.


Langkah untuk menambah aktiviti :
  1. Klik Add an activity
  2. Pada Assignment pilih Online text
  3. Namakan tugasan pada medan Assignment name
  4. Tuliskan serba ringkas tugasan anda pada medan Description
  5. Tentukan setting pada bahagian lain hingga selesai
  6. Setelah selesai klik butang save and display ataupun save and return to course

Thursday, June 16, 2011

Tutorial - Menyisip imej atau gambar

Berikut adalah cara bagaimana untuk menyisip imej atau gambar pada sesuatu nota, dokumen ataupun item soalan.

1. Menyisip imej atau foto ke dalam item soalan

Video tentang moodle


Video pengenalan kepada Moodle. Amat sesuai untuk permulaan sesuatu kursus atau bengkel pengenalan kepada Moodle.

Thursday, July 29, 2010

Tutorial - Mengimport item soalan daripada Hot Potatoes

Pembinaan item soalan dalam moodle boleh dipermudahkan dengan cara mengimport item soalan yang telah dibina dalam perisian Hot Potateos. Apakah perisian Hot Potatoes? Bagi mereka yang baru mungkin agak janggal dengan nama ini.

Walau bagaimanapun Hot Potatoes merupakan satu perisian percuma yang di dalamnya terdiri daripada perisian pengarangan item-item soalan dalam talian seperti quiz, cloze, match dan sebagainya.

Klik Hot Potatoes untuk muat turun.

Wednesday, July 28, 2010

Tutorial - Menambah blocks

Moodle membenarkan admin atau pengguna yang mengurus moodle itu untuk menambah blocks. Block ini boleh ditambah dengan menggunakan blocks sedia ada dan juga dalam bentuk pengaturcaraan html. Antara blocks yang boleh ditambah ialah waktu, pautan, kalender dan sebagainya.

Kita juga boleh mangambil skrip dari mana-mana widget untuk dimasukkan ke dalam moodle. Langkahnya amat mudah.

Sila lihat video Tambah Blocks atau langkah seperti berikut:

  • Log masuk sebagai admin
  • Klik butang Turn Editing On
  • Klik Add Blocks
  • pada blocks baru, pilih block yang dikehendaki. Contohnya HTML
  • Klik ikon configuration. Jika mahu menggunakan script watch seperti dalam widget, klik <> atau toggle HTML souce dan salin script watch dan tampal
  • Akhiri langkah dengan klik butang Save changes

Dengan langkah seperti di atas, anda boleh meletakkan pelbagai block baru dengan mengikut kreativiti anda.




Saturday, May 8, 2010

Pautan Sekolah Yang Menggunakan Moodle

Kursus Moodle untuk P&P telah di adakan pada 4-7 Mei 2010 di BTPNKL dan kandungan kursus yang melibatkan memasang moodle, Pengurusan Moodle penggintegrasian Pengaturcaraan HTML dan PHP. Hasil atau Outcome kursus ini boleh dilihat pada pauntan ini http://btpnkl.edu.my/cerdik . Pautan ini merupakan antara sekolah yang mempunyai web hosting dan semasa kursus tersebut mereka terus memasang moodle pada server mereka secara online.

Thursday, May 6, 2010

Penggunaan Form Dalam PHP - Beza Method GET & POST

Dalam post sebelum ini, saya ada memberikan contoh bagaimana membuat form dalam PHP. Dalam contoh tersebut juga saya menggunakan method GET. Mungkin ada dalam kalangan kita yang dah biasa dengan web programming ni... tapi ada satu soalan yang simple yang mungkin kita tidak jelas apa perbezaan, kelebihan, kekurangan dan macam² lagi berkenaan attribut method di dalam tag form... utk method ini kita boleh letak samada GET ataupun POST... tapi selama ni mungkin kita hanya menggunakan method="post" sebab kita nak hantar input ke page lain samada untuk diproses ataupun untuk paparkan semula... tapi bila masa kita guna method="get"?

Ok, dalam PHP kita boleh capai data daripada form menggunakan method GET atau POST. Jika kita guna method GET, variable/parameter akan dihantar bersama dengan URL (Uniform Resource Locator), ini bermakna user@pengguna boleh nampak variable/parameter tersebut di bahagian address field browser tersebut. Jika kita menggunakan method POST, variable/parameter akan dihantar bersama dengan body..& user@pengguna tidak boleh nampak variable/parameter tersebut.

Penggunaan GET & POST adalah berbeza, sebagai contoh, search engine (Internet Explorer, Mozilla Firefox, Netscape, Opera, Safari dll..) biasanya menggunakan method GET...ini adalah bagi memudahkan pengguna membuat 'Bookmark' hasil carian mereka. Method POST pula biasanya digunakan untuk pass/hantar data-data yang sensitif seperti data transaksi bank & pembelian secara dalam talian.

Contoh: (di bahagian kotak address browser selepas klik butang)

GET = http://www.domain.edu/view.php?nama=rosyiatimah&sekolah=menengah
POST = http://www.domain.edu/view.php

Sekarang kita boleh nampak perbezaannya, kedua-dua paramater, nama=rosyiatimah&sekolah=menengah, dihantar, tapi dalam bentuk yg berbeza..

Thursday, April 29, 2010

APAKAH HTML

HTML merupakan singkatan dari HyperText Markup Language. HTML digunakan untuk membangun suatu halaman Web. Sekalipun banyak orang menyebutnya sebagai suatu bahasa pemrograman, HTML sebenarnya bukan bahasa pemrograman tetapi adalah adalah suatu bahasa mark up. HTML digunakan untuk melakukan mark up (penandaan) terhadap sebuah dokumen teks. Tanda tersebut digunakan untuk menentukan format atau style dari teks.

Struktur Dasar HTML

Untuk menghasilkan sebuah fail teks berbentuk file HTML, maka ciri yang paling nampak jelas adalah failnya, iaitu .html. Namun lebih jauh daripada itu, di dalam file tersebut harus terkandung struktur sebagai berikut:










Tag tersebut harus diletakkan pada bahagian paling awal dan tag diletakkan pada bagian paling akhir. Bahagian head biasanya mengandungi maklumat mengenai dokumen tersebut, contohnya tajuk dokumen, versi HTML yang digunakan. Manakala body menagandungi layout atau rekadentuk halaman web.

e-pembelajaran@UTM dengan MOODLE

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melaksanakan penggunaan e-pembelajaran sejak tahun 1997. Pada masa itu, sistem tersebut dikenali sebagai sistem pembelajaran maya dengan setiap fakulti di UTM mempunyai laman pembelajaran maya yang dikendalikan sendiri oleh pihak fakulti. Pembelajaran maya pada masa tersebut sebenarnya cuma merupakan laman web yang membenarkan pelajar mengakses silabus, memuat turun nota kuliah dan mengakses lain-lain bahan pengajaran melalui pautan yang disediakan. Pada masa kini, e-pembelajaran bukan hanya berkaitan dengan proses memuat turun nota kuliah semata-mata malah merangkumi skop yang lebih luas sehingga ianya dilihat berpotensi dalam menggalakkan proses pembelajaran aktif di luar bilik kuliah dan seterusnya menjadi sokongan dan pelengkap kepada proses pembelajaran konvensional.

Bagi meningkatkan penggunaan e-pembelajaran, pada penghujung tahun 2001, UTM mula menyelaraskan penggunaan pembelajaran maya di setiap fakulti dan telah memperolehi sistem pengurusan e-pembelajaran komersil iaitu WebCT. Perisian WebCT merupakan satu sistem pengurusan pembelajaran yang dapat menyediakan pelbagai kemudahan P&P seperti memuat naik dan berkongsi dokumen, membina bahan pengajaran secara elektronik, perbincangan maya, merekod aktiviti pelajar dan berkomunikasi secara maya. Pihak universiti mengharapkan dengan penggunaan sistem yang bersepadu ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan di samping mempermudahkan pensyarah menggunakan kemudahan e-pembelajaran yang disediakan.

Walau bagaimanapun, setelah digunakan selama hampir tiga tahun, pihak pengurusan dan juga jawatankuasa e-pembelajaran UTM telah memutuskan untuk mencari satu sistem baru bagi bagi menggantikan sistem pengurusan e-pembelajaran WebCT yang telah tamat lesen penggunaannya. Selaras dengan galakan pihak kerajaan terhadap penggunaan perisian sumber terbuka (open source), akhirnya pada tahun 2004, UTM telah memilih satu sistem pengurusan pembelajaran berasaskan sumber terbuka yang dipanggil Moodle™.

Moodle adalah singkatan bagi Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment. Ianya merupakan satu sistem pengurusan pempelajaran yang dibangunkan berasaskan kepada asas pedagogi dan teori pembelajaran yang kukuh dikenali sebagai konstruktivis sosial (Social Constructivist). Pendekatan ini memberi penekanan kepada proses pembelajaran berpusatkan pelajar di mana pelajar harus membangunkan pembelajaran mereka sendiri berdasarkan penemuan dan penerokaan yang dilakukan. Persekitaran pembelajaran yang disokong oleh Moodle juga menekankan kepada pembelajaran (sama ada secara kendiri mahupun secara berkumpulan) menerusi empat fasa kerja yang berikut:

• membina (constructing)
• kolaborasi (collaborating)
• mencipta (creating)
• berkongsi (sharing)

Berdasarkan persekitaran pembelajaran dan juga aktiviti pembelajaran yang disediakan dalam sistem, satu proses pembelajaran yang lebih konstruktif dan aktif dapat disediakan untuk kegunaan pelajar. Ini seterusnya diharapkan dapat menghasilkan pelajar yang bukan sahaja mampu membina kefahaman sendiri serta mencipta idea-idea baru tetapi juga tidak menghadapi masalah untuk berkongsi idea dan bekerja dalam kumpulan. Mereka seterusnya diharapkan mampu berkongsi maklumat yang diperoleh dengan golongan yang memerlukannya iaitu masyarakat.

Tidak seperti pakej perisian LMS komersial, Moodle dibangunkan sebagai sebuah perisian sumber terbuka di bawah pelesenan awam atau GNU. Ini bermakna sebarang pengubahsuaian boleh dilakukan ke atas kod sumbernya mengikut keperluan pengguna selagi pengendali tidak menukar lesen asal atau menjualnya untuk tujuan komersial. Oleh yang demikian, sistem sebegini adalah lebih fleksibel dan mampu memberi impak yang lebih positif terhadap perkembangan penggunaan dan pembangunan e-pembelajaran di UTM.

Diharapkan sistem pengurusan e-pembelajaran yang sedang berkembang di UTM ini akan terus diperkasakan lagi kerana ianya adalah satu wadah yang bermakna untuk pelajar menyuarakan pendapat serta buah pemikiran yang boleh diguna pakai oleh pensyarah ataupun pihak pentadbiran UTM dalam mewujudkan persekitaran pendidikan yang seiring dengan matlamat pendidikan negara.

Sumber: 

Buletin e-pembelajaran@UTM
Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL), UTM Skudai
Edisi 1, Disember 2006 

Saturday, April 17, 2010

Menambah link (pautan) di Moodle

1) Bagi menambah pautan di laman moodle, klik pada Blog dan pilih Add seperti dalam gambarajah dibawah:

2) Seterusnya anda akan dapat lihat paparan seperti di bawah. Seterusnya pilih HTML.


3) Seterusnya anda akan lihat ruangan paparan seperti di bawah, anda perlu mengisi maklumat tersebut seperti block title dan content. Contohnya: dibahagian blog title isikan maklumat Terkini dan bahagian content isikan keputusan.


4) Dibahagian content masukkan hyperlink seterusnya anda akan lihat paparan seperti dibawah:


5) Isikan maklumat berkenaan pautan yang anda hendak paparkan di laman moodle anda. Setelah lengkap klik OK.


6) Seterusnya anda akan lihat perubahan paparan pada laman moodle anda seperti di bawah dan apabila anda klik pada link/ pautan yang anda buat tadi ia akan memaparkan pautan yang anda pautkan pada langkah 5.

7) Selamat mencuba!!! :)

Thursday, April 15, 2010

Menggunakan Form dalam PHP


Dalam PHP, kita boleh mencapai data daripada form menggunakan method GET atau POST.


Mencapai Data Menggunakan Method GET

1. Buka text editor

2. Masukkan kod di bawah untuk menghasilkan satu form yang boleh menerima  First Name, Last Name, Address dan Contact No. pengguna.


3. Simpan file tersebut sebagai details.html di dalam direktori localhost anda. Contoh: direktori /www/html

4. Buka satu fail baru dalam text editor.

5. Masukkan kod di bawah untuk mencapai maklumat yang dimasukkan pengguna:





      6. Selepas  memasukkan kod, simpan fail tersebut sebagai detail.php dalam direktori /www/html.

      7. Buka pelayar web anda contohnya, Mozilla.

      8. Taip http://localhost/details.html di ruangan bar alamat dan tekan Enter.


Kelebihan Menggunakan MOODLE

Antara kelebihan Moodle adalah didalam kelas iaitu:

  1. Memberi peluang yang sama kepada setiap pelajar untuk mengambil bahagian di dalam semua aktiviti
  2. Menukar persekitaran pembelajaran daripada kaedah pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan pelajar dimana pelajar lebih banyak mengambil bahagian dan berfikir.
  3. Memberi peluang pembelajaran yang sama rata kepada semua pelajar.
  4. Membina sikap pelajar yang pandai menganalisis dan dapat berfikir secara kritis dan kreatif
  5. Pelajar-pelajar akan lebih tertarik untuk mengikuti kursus dan pembelajaran di sekolah.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More